Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

14 Julai 2021 - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyantuni kakitangan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berkongsi rezeki dalam meringankan beban akibat pandemik Covid-19.

Sebanyak 91 kotak makanan kering telah disumbangkan untuk kakitangan KUIS yang disampaikan oleh wakil MAIS di Dewan Mahasiswa KUIS.

KUIS sebagai Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) ingin mengucapkan setinggi tinggi ucapan terima kasih di atas sumbangan prihatin yang telah dihulurkan. Semoga usaha ini dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penerima.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Bahagian Perancangan Strategik dan Komunikasi Korporat di alamat stratcomm@kuis.edu.my.