SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI
BAHAGIAN ALUMNI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARBANGSA SELANGOR
Kata Aluan Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa & Alumni)
Selamat datang ke laman web Bahagian Alumni KUIS.

Bagi menggerakkan program Alumni yang dirancang dengan lebih efektif dan tersusun, pihak Bahagian Alumni menyeru agar para Alumni dapat mengemaskini data masing-masing di portal ini. Pihak kami amat mengalu-alukan kerjasama, sokongan dan keterlibatan para Alumni dalam sebarang aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak Bahagian Alumni dengan kerjasama Persatuan Alumni KUIS.

Saya percaya para Alumni mampu menyumbangkan tenaga, pengetahuan dan kepakaran atau apa jua bentuk demi meningkatkan kemajuan KUIS khususnya. Cabaran utama kini ialah bagaimana Alumni dapat digerakkan. Ini semua dapat dijalankan jika wadah Alumni seperti yang sedang diusahakan oleh Bahagian Alumni KUIS ini diperkukuhkan demi mencapai hala tuju KUIS untuk melahirkan insan Ta’dib dalam ummah.
 dr_zul
DR. ZULKEFLI HJ. AINI
Timbalan Rektor
(Pembangunan Mahasiswa & Alumni)

Anda adalah graduan KUIS? Punyai rasa ingin membantu KUIS menghasilkan bakal graduan berjaya? Daftar sekarang sebagai ALUMNI KUIS!
Undian
Adakah anda akan hadir Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni?
  
Who's Online
We have 1 guest online