PengenalanBahagian Alumni telah ditubuhkan secara rasmi pada bulan Oktober 2010 hasil daripada penstrukturan dan pemerkasaan semula struktur organisasi KUIS. Bahagian Alumni melapor terus dibawah seliaan Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa & Alumni) iaitu Dr. Zulkefli Haji Aini.
Antara fungsi utama penubuhan Bahagian Alumni ini adalah untuk mengumpul semula semua Alumni dengan pembangunan dan perkongsian idea-idea selain mewujudkan jalinan perhubungan sepanjang hayat di antara Alumni dan bakal graduan yang masih belajar di KUIS.
Penubuhan Bahagian Alumni ini juga dapat menghasilkan graduan berkualiti, berdaya saing dan berkebolehan menerusi gabungan strategik sejajar dengan hala tuju KUIS selain bertindak sebagai pengantara / liaison bagi alumni KUIS dengan merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti.
|
|