Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

21 Disember 2021 - Hari ini Pusat Zakat dan Wakaf (PZW) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menerima penyerahan sumbangan zakat Bank Islam Malaysia Berhad bagi tahun 2020 bernilai RM30,000.00.

Prof Madya Dr. Mokmin Bin Basri Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri juga selaku Pengerusi Wakaf KUIS telah menerima sumbangan tersebut daripada En. Kamaruzaman Ishak, State Deposit Manager Bank Islam Malaysia Berhad.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada Bank Islam Malaysia Berhad di atas sumbangan ini.