Staff Portal      Student Portal      kLMS

Bahagian Pengurusan Insan

Profil

title bottom left

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) telah mula beroperasi sebagai sebuah Jabatan pada tahun 1998 sekaligus mewujudkan sebuah Jabatan khusus yang berperanan dalam menguruskan segala aspek berkaitan pengurusan sumber manusia di Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) ketika itu dan kini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Selepas beberapa ketika beroperasi dengan menggunakan nama JPSM, ianya telah dinaik taraf kepada Jabatan Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia atau ringkasnya JPPSM dengan pertambahan skop tugas melibatkan fungsi Pentadbiran Am.

Selaras dengan perkembangan KUIS pada tahun 2010, JPPSM telah dinaik taraf menjadi Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia atau ringkasnya BPPSM bagi meningkatkan kualiti mutu pentadbiran ke arah menjadi institusi yang bertaraf dunia seperti yang dinyatakan dalam misi & visi Kolej Universiti.

Pada tahun 2013, BPPSM telah dijenamakan sekali lagi kepada Bahagian Pengurusan Insan atau ringkasnya BMI dan beroperasi di bawah seliaan Pejabat Pendaftar.

 

Ketua Jabatan / Bahagian

title bottom left

  1. Fuznim binti Abdul Ghaffar : 1998 - 2001

  2. Alawiyah binti Tengah : 02.01.2002 - 30.09.2010

  3. Muhammad Azmi bin Abdul Hamid : 01.10.2010 - 31.07.2011

  4. Che Mastura binti Mohd Zulkifly : 01.08.2011 - 31.05.2012

  5. Mohd Inzar bin Mohd Tajuddin : 01.06.2012 - 30.04.2013 (Pemangku)

  6. Mohd Inzar bin Mohd Tajuddin : 01.05.2013 - kini