Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Bahagian Pengurusan Akademik

Permohonan penangguhan pengajian hendaklah dikemukakan kepada Seksyen Rekod, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) selepas lengkap mengisi Borang Permohonan Penangguhan Pengajian.

 

Syarat-syarat Penangguhan Pengajian

title bottom left

  • Permohonan menangguhkan pengajian hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum minggu peperiksaan akhir dijalankan.

  • Bayaran penangguhan pengajian sebanyak RM100/jam kredit dan yuran penginapan akan dikenakan bermula minggu kedua (2) perkuliahan.

  • Had maksimum permohonan penangguhan hanya tiga (3) sesi pengajian sahaja sepanjang tempoh program pengajian yang diikuti.

  • Permohonan penangguhan program boleh dibuat dengan menggunakan borang AKA 10 (Tangguh Pengajian) yang dikeluarkan oleh Seksyen Rekod, BPA.

  • Alasan penangguhan pengajian :

    • Pelajar yang sakit dalam tempoh yang lama boleh diberi penangguhan pengajian untuk sesi tertentu oleh Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti berasaskan perakuan Pegawai Perubatan yang diiktiraf oleh Kolej Universiti.

    • Perakuan daripada ibu bapa atau penjaga atau majikan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes tertentu.

  • Pelajar yang menangguh pengajian hendaklah membuat pendaftaran semula pada sesi yang ditetapkan.