ICITS-2017
International Conference on Information Technology & Society
MyJICT
Malaysian Journal on ICT
fb.com/kuis.fstm
Visit our FBpage
SmartSolat Apps for Android
Download here at SmartSolat.com/android
Khidmat Masyarakat FSTM
Training IT PERCUMA

Sejarah Penubuhan FSTM

  • FSTM dahulunya dikenali sebagai Jabatan Sains Informasi dan Multimedia (JSIM) pada tahun 1999. 
  • Pada Mac 2004, JSIM dinaiktaraf kepada Sekolah Pengajian yang dikenali sebagai Sekolah Teknologi dan Sains Informasi (STSI).
  •  Pada tahun 2011 penstrukturan semula telah dilakukan dengan nama Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM). 
  • Kini, FSTM mempunyai lima buah jabatan iaitu Jabatan Teknologi Maklumat (Multimedia), Jabatan Sains Komputer, Jabatan E-Dagang, Jabatan Teknologi Rangkaian dan Jabatan Kemahiran & Kursus Teras. 
  • FSTM menawarkan enam program iaitu Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia), Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian), Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian, Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia), Diploma Sains Komputer dan Diploma Teknologi E-Dagang.

  

Rasional Penubuhan

  • Pada 14 Januari 2003, cadangan menaiktaraf daripada Jabatan Sains Informasi dan Multimedia (JSIM) kepada Sekolah Pengajian dikemukakan oleh panel LAN bagi mendapatkan standard minimum bagi 2 program diploma iaitu Diploma Sains Komputer dan Diploma E-Dagang.
  • Program-program yang ditawarkan oleh Jabatan Sains Informasi dan Multimedia (JSIM) adalah berbeza dengan Sekolah Pengajian Perniagaan (SPP) kerana bersifat teknikal dan saintifik.
  • Memudahkan pengurusan semua program-program yang ditawarkan berkaitan dengan Teknologi Maklumat agar lebih tersusun, mudah dan berkesan.
  • Perancangan dan pengurusan adalah lebih teratur dengan bantuan ketua-ketua jabatan dan kakitangan sokongan tetap.
  • Jumlah pengambilan pelajar JSIM yang tinggi, sebagai contoh 210 pelajar dalam setiap kali kemasukan pelajar.
  • Penubuhan satu lagi Sekolah Pengajian melambangkan perkembangan akademik yang berlaku di KUIS.
  • Para graduan FSTM (kini) telah diterima bagi melanjutkan pengajian oleh kebanyakan IPTA/S tempatan dan luar negara. Dengan ini, imej pelajar FSTM akan lebih baik.