Penubuhan fakulti Sains & Teknologi Maklumat (fstm)

FSTM dahulunya dikenali sebagai Jabatan Sains Informasi dan Multimedia (JSIM) pada tahun 1999.

Pada Mac 2004, JSIM dinaiktaraf kepada Sekolah Pengajian yang dikenali sebagai Sekolah Teknologi dan Sains Informasi (STSI).

Pada tahun 2011 penstrukturan semula telah dilakukan dengan nama Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM).

Kini, FSTM mempunyai lima buah jabatan iaitu Jabatan Teknologi Maklumat (Multimedia), Jabatan Sains Komputer, Jabatan E-Dagang, Jabatan Teknologi Rangkaian dan Jabatan Kemahiran & Kursus Teras.

FSTM menawarkan enam program iaitu Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia), Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian), Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian, Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia), Diploma Sains Komputer dan Diploma Teknologi E-Dagang.

RASIONAL PENUBUHAN

Pada 14 Januari 2003, cadangan menaiktaraf daripada Jabatan Sains Informasi dan Multimedia (JSIM) kepada Sekolah Pengajian dikemukakan oleh panel LAN bagi mendapatkan standard minimum bagi 2 program diploma iaitu Diploma Sains Komputer dan Diploma E-Dagang.

Program-program yang ditawarkan oleh Jabatan Sains Informasi dan Multimedia (JSIM) adalah berbeza dengan Sekolah Pengajian Perniagaan (SPP) kerana bersifat teknikal dan saintifik.

Memudahkan pengurusan semua program-program yang ditawarkan berkaitan dengan Teknologi Maklumat agar lebih tersusun, mudah dan berkesan.

Perancangan dan pengurusan adalah lebih teratur dengan bantuan ketua-ketua jabatan dan kakitangan sokongan tetap.

Jumlah pengambilan pelajar JSIM yang tinggi, sebagai contoh 210 pelajar dalam setiap kali kemasukan pelajar.

Penubuhan satu lagi Sekolah Pengajian melambangkan perkembangan akademik yang berlaku di KUIS.

Para graduan FSTM (kini) telah diterima bagi melanjutkan pengajian oleh kebanyakan IPTA/S tempatan dan luar negara. Dengan ini, imej pelajar FSTM akan lebih baik.

ICT BootCamp Cuti Sekolah

ICT BootCamp Cuti Sekolah Disember 2019 FSTM KUIS

ANJURAN:
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP ALAM SEKITAR, HAL EHWAL PENGGUNA DAN TEKNOLOGI HIJAU, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI) NEGERI SELANGOR,
DENGAN KERJASAMA
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

PENGENALAN

ICTBC2019 merupakan program untuk menghasilkan pelajar-pelajar berupaya membangunkan aplikasi digital seiring dengan inspirasi Smart Selangor. Pihak Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan kolaborasi Universiti Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Hal Ehwal Pengguna dan Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ICTBC2019 untuk pelajar sekolah di sekitar Selangor. Program ini dijangka akan menarik minat lebih ramai pelajar untuk mendalami bidang berasaskan STEM. Dalam program ini, peserta akan didedahkan dengan teknologi asas pengkomputeran (ICT) dan multimedia kreatif serta program-program pembangunan diri bagi melahirkan modal insan yang holistik dan serba boleh.

icon peta lokasi

Google Maps lokasi kursus di FSTM KUIS: 
--> bit.ly/mapfstm
--> 
bit.ly/mapfstm

penganjur butang

PROGRAM ICT BOOTCAMP
Kerajaan Negeri Selangor & FSTM, KUIS 

TARIKH (2hari + 1malam = hostel disediakan)
SESI3: SABTU/AHAD 28 & 29 DISEMBER 2019 
+++ Senarai nama peserta sesi3 Animasi2D dengan Powtoon
+++ Senarai nama peserta sesi3 Web dengan WIX

DAFTAR ICT BOOTCAMP DISINI