Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Info KUIS

Profil Korporat

logo kuis

 

RASIONAL LOGO

title bottom left

 

biru

BIRU : Warna biru melambangkan konsep perpaduan dan kesatuan yang diamalkan oleh seluruh warga kolej sejajar dengan matlamat penubuhannya.

merah

MERAH : Warna merah bermaksud berani dalam menghadapi cabaran hidup semasa.

kuning

KUNING : Warna kuning menggambarkan perkembangan Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.

hitam

HITAM : Warna hitam yang mengelilingi pelbagai cabang berpusat di tengah menunjukkan ketegasan dan penekanan mengambil Al- Quran dan Al-Sunnah sebagai unsur dominan dan terpenting.

putih

PUTIH : Warna putih melambangkan wawasan KUIS ke arah mencapai kecemerlangan sesuai dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara.

segi empat

Bentuk segiempat pula menggambarkan kejituan semangat untuk mengorak langkah ke arah melahirkan generasi terpelajar yang seimbang dan bersepadu.

cabang berpusat

Pelbagai cabang berpusat di tengah melambangkan kesepaduan ilmu berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah.

bulan sabit

Bulan sabit melambangkan perkembangan kepesatan dan kemajuan Islam di Negeri Selangor yang menjadi inspirasi penubuhan KUIS.

bulat

Bentuk bulat menunjukkan keberanian dan ilmu yang hak disepadukan untuk menampilkan generasi yang berani, berilmu, beriman dan beramal.