ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (IRCIEF), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menganjurkan Majlis Penganugerahan Ke-2 CFBF; Sijil Shariah Perbankan dan Kewangan Islam. Seramai 35 peserta telah menerima Sijil Shariah Perbankan dan Kewangan Islam yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Setia Salehuddin Saidin, Ahli Lembaga Pengarah KUIS. Terdapat 11 peserta menyertai majlis ini secara atas talian. Turut hadir, Rektor KUIS, Professor Madya Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, En. Khairul Nizam, Ketua Pegawai Eksekutif, Finance Accreditation Agency (Agensi Kelayakan Kewangan) serta pengurusan tertinggi KUIS.

Penawaran kursus ini merupakan komitmen KUIS sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan dalam pembangunan kapasiti dan Rangka Tindakan Kewangan (Financial Blueprint) 2022–2026 terutamanya dalam mengukuhkan lagi pencapaian Malaysia sebagai peneraju pembangunan bakat dalam Kewangan Islam di dunia.

Berita KUIS 2022