Staff Portal      Student Portal      kLMS

Muat Turun Borang

KUIS menggalakkan semua calon pelajar menggunakan kemudahan permohonan atas talian (online). Bagaimanapun, jika terdapat kesukaran dipihak calon pelajar, permohonan secara manual tetap diterima. Sila ikuti langkah berikut :

PERTAMA

title bottom left

Muat-turun dan cetak borang permohonan manual (dalam format PDF). KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN.

KEDUA

title bottom left

Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan.

KETIGA

title bottom left

Bagi permohonan peringkat Ijazah Sarjana (secara penyelidikan) dan/ atau Doktor Falsafah (PhD) sahaja, pemohon perlu lampirkan Cadangan Penyelidikan (Research Proposal) untuk penilaian Pusat Pengajian Siswazah (PPS) KUIS.

KEEMPAT

title bottom left

Sila hantar borang permohonan melalui :

  1. E-mel ke admission@kuis.edu.my; atau

  2. Whatsapp ke 019-389 6937; atau

  3. Fax ke talian : +603 8926 8462; atau

  4. Pos ke alamat berikut :

    Sekyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar,
    Bahagian Pemasaran & Komunikasi,
    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
    Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
KELIMA

title bottom left

Permohonan akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja selepas borang permohonan diterima melalui Pos Laju.

KEENAM

title bottom left

Pemohon dinasihatkan untuk menyemak status permohonan secara online dari semasa ke semasa melalui sistem e-Admission di www.kuis.edu.my untuk mengetahui keputusan.

KETUJUH

title bottom left

Berikut ialah cara menggunakan e-Admission di www.kuis.edu.my :

  1. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Semak Status Permohonan.

  2. Sekiranya permohonan berjaya, calon pelajar perlu muat turun (download) dan cetak semua dokumen dan borang berkaitan pendaftaran iaitu Borang Permohonan, Surat Tawaran dan Panduan Pendaftaran.

  3. Lengkapkan/ laksanakan/ penuhi semua keperluan yang tersenarai dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu.

  4. Hadirkan diri pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu KUIS mengikut tarikh yang ditetapkan dalam Surat Tawaran Kemasukan.

 

SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH.