Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Kolej Kediaman

Prosedur Kesihatan & Keselamatan

Felo KUIS dengan bantuan Seksysn Alumni & Runding cara (SAR) sentiasa bersedia untukmembantu mengurus pelajar bermasalah. Antara masalah yang mungkin dihadapi adalah seperti berikut :

 

Wabak Penyakit

title bottom left

  • Wabak penyakit merangkumi demam denggi, malaria, campak dan penyakit lain yang merbahaya yang menimpa pelajar hendaklah diambil tindakan berikut :

  • Pengetua dan semua felo berbincang untuk menyelaraskan tindakan  menghadapi situasi.

  • Pengetua / Felo bertugas maklumkan kepada Rektor / Timbalan Rektor.

  • Waris pelajar terlibat dimaklumkan.

  • Mengambil langkah susulan bagi mencegah wabak seperti semburan fogging bagi kes denggi dan sebagainya.

 

Bencana

title bottom left

Bencana merangkumi banjir, jerebu, kebakaran, ribut, pencemaran dan lain-lain perlu diambil tindakan berikut :

  • Pengetua dan semua felo berbincang untuk menyelaraskan tindakan menghadapi bencana.

  • Pengetua / Felo Bertugas memaklumkan dengan segera kepada Pengarah / Timbalan Pengarah.

  • Mengarahkan pelajar mengambil langkah menyelamatkan diri dengan segera dan berkumpul di tempat yang selamat.

  • Mententeram keadaan panik di kalangan pelajar  KUIS adalah tugas amat penting dilakukan oleh setiap felo.

  • Ketua felo / felo sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk menentukan tahap bahaya.

  • Jika keadaan memaksa atau arahan berpindah oleh pihak berwajib, maka semua felo mesti menyelaras proses pemindahan secara beramai-ramai ke lokasi yang lebih selamat.