Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Kolej Kediaman

Prosedur Kesihatan & Keselamatan

  • Kenal pasti rakan sebilik / apartment yang sakit dan laporkan kepada Felo Bertugas pada hari tersebut (rujuk jadual felo Bertugas).

  • Felo bertugas akan mengenal pasti tahap kesakitan pelajar dan merekodkan dalam Borang Aduan Kecemasan maklumat pelajar tersebut.

  • Sekiranya tidak serius felo bertugas boleh mengambil tindakan sewajarnya.

  • Sekiranya pelajar mengalami sakit serius, pelajar perlu dihantar oleh van KUIS ke hospital / klinik dengan membawa kad rawatan pelajar.

  • Sekiranya pelajar ditahan wad, felo perlu memaklumkan kepada penjaga pelajar.

  • Felo bertugas perlu menyerahkan laporan keesokan hari kepada Pengetua untuk maklumbalas perkembangannya.

 

Penerangan

title bottom left

  • Bagi tujuan pemeriksaan tahap sakit pelajar, Felo perempuan untuk  pelajar perempuan dan Felo lelaki untuk pelajar lelaki kecuali darurat.

  • Kos rawatan di klinik swasta adalah tanggungan pelajar sendiri.

  • Felo hendaklah memastikan kotak ”First Aid” yang terdapat di setiap mahallah hendaklah  sentiasa lengkap dengan ubat-ubatan asas dan tidak luput tarikh.

  • Felo dan Penyelia Asrama bertindak cepat bagi sebarang sakit yang melibatkan kesukaran  pernafasan (asma / pengsan) dan perlu segera dihantar ke hospital.

  • Nombor telefon semua yang terlibat dalam aspek kecemasan perlu ada di setiap belakang pintu bilik pelajar dan pengawal keselamatan.