Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman MoU antara KUIS dengan Beana HomeQuran Sdn Bhd telah berlangsung pada 24 Mac 2021 pada pukul 10 pagi.

KUIS dan BEANA berhasrat mewujudkan kerjasama di dalam bidang akademik, penyelidikan dan latihan industri seperti dalam bidang Al-Quran, fardu ain, hafazan dan bahasa Arab; Menyumbangkan kepakaran, pengalaman dan khidmat nasihat berkaitan akademik dan latihan industri; Program penyelidikan, penerbitan modul, bengkel-bengkel, kursus-kursus jangka pendek; dan Dalam apa-apa bidang lain yang akan dipersetujui kelak oleh kedua-dua pihak.

Tahniah kepada Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam di atas usaha bagi menjayakan kerjasama ini.