ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

Bangi, 7 Jun - KUIS melalui Pusat Mobiliti dan Latihan Industri hari ini memeterai Memorandum Perjanjian (MoU)bersama dengan Tiga Serangkai, Indonesia dalam usaha memperkukuhkan hubungan di antara kedua-dua institusi dan mengembangkan bidang kepakaran masing-masing khususnya dalam mobiliti (pertukaran pelajar dan pegawai), latihan industri, penyelidikan dan seminar.

Dr Rabiathul Adhabiyyah Sayed Abudhahir, Pengarah Pusat Mobiliti dan Latihan Industri telah diberikan tanggungjawab dalam mengetuai MoU ini dan merealisasikan hasrat yang telah dipersetujui.

MoU ditandatangani oleh Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri, Dr. Mokmin bin Basri disaksikan oleh Dr Abdul Razif bin Zaini, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Manakala Tiga Serangkai diwakili oleh Hjh. Eny Rahma Zaenah, SE, MM., Ketua Pegawai Eksekutif dan disaksikan oleh Erfan Zaenuddin, S.P, Ketua Pusat Kecemerlangan.

Semoga MoU ini dapat dilaksanakan dengan baik demi pembangunan pelajar dan pegawai kedua-dua pihak.

Berita KUIS 2022