ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

NILAI, 7 Februari 2022 : Bagi memperkasakan Pelan Perlaksanaan Dasar Inklusif di peringkat pengajian tinggi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) hari ini telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui kolaborasi penyelidikan di bawah Geran Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum.

Rektor KUIS, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah dalam ucaptamanya berkata, beliau yakin dengan perkembangan penyelidikan Model Pengajaran dan Pembelajaran Qur’an bagi OKU yang akan dibangunkan kelak merupakan satu aset kepada agama dan negara dalam menyantuni al-Qur’an dan komuniti berkeperluan khas.

Seramai empat orang ahli akademik dari KUIS yang yang diketuai oleh Mohd Izzudin Mohd Pisol diberi kepercayaan dalam merintis penyelidikan ini bersama tiga lagi penyelidik lain iaitu Dr Hazlin Falina Rosli, Dr Zetty Nurzuliana Rashed dan Zur ‘Ain Harun. Masing-masing berkongsi kepakaran yang berbeza bagi membangunkan program Pendidikan Islam Inklusif yang bakal dipraktikkan di KUIS pada masa hadapan.

Penglibatan KUIS dalam penyelidikan ini dilihat sebagai ‘milestone’ dalam menerajui tradisi ilmu mendepani cabaran pendidikan pada Abad ke-21. Kesepaduan antara ilmu, iman dan amal menjadi dasar dan prihatin KUIS dalam memberikan hak pendidikan yang berkualiti pada semua golongan.

Majlis juga turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) UKM, Prof Dato’ Dr Norazah Mohd Nordin, dan Rektor, KUIS, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Ravi Abdullah.

Berita KUIS 2022