ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

14 Februari 2022 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar graduan program pengajian pendidikan daripada Fakulti Pendidikan, KUIS yang telah berjaya dalam temuduga sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP DG41) pada November 2021 yang lalu.

Seramai 105 orang graduan Fakulti Pendidikan KUIS daripada program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan Multimedia (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan TESL dengan Multimedia (Kepujian) telah memperolehi surat tawaran sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP DG41) pada Disember 2021.

Selain itu, seramai lapan orang alumni program Diploma Perguruan (Pendidikan Islam) yang telah menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang lain turut mendapat tawaran tersebut.

Bagai impian menjadi kenyataan, peluang ini disahut sepenuhnya oleh alumni yang terpilih dalam meneruskan cita-cita mereka sebagai pendidik. Latihan perguruan selama empat tahun telah memberikan pendedahan berkaitan ilmu profesionalisme keguruan dan ilmu bidang bagi melengkapkan mereka dalam mendepani cabaran di dalam dunia pendidikan. Selain itu, kemahiran dalam bidang multimedia akan turut digunakan sebaik mungkin sebaik sahaja melaporkan diri sebagai guru terlatih di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bermula pada 1 Mac 2022.

Pengurusan KUIS mengucapkan sekalung tahniah, selamat maju jaya kepada semua alumni Fakulti Pendidikan KUIS yang bakal ditempatkan ke negeri - negeri terpilih di seluruh negara di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan dan daerah-daerah di negeri Sabah dan Sarawak.

Selamat berkhidmat; Once a teacher, always a teacher!

Berita KUIS 2022