Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19
Malaysia 240 animated flag gifs

Berita KUIS

Kajang : Majlis Anugerah Virtual (Virtual Award Ceremony) telah diadakan pada Sabtu, 31 Julai 2021 secara atas talian melalui applikasi ZOOM. Majlis tersebut yang julung kali diadakan adalah bertujuan untuk meraikan para peserta yang telah tamat dan lulus kursus Certificate in Shariah for Banking and Finance (CSBF) anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Majlis tersebut menyaksikan seramai 24 orang penerima anugerah bagi kohot pertama kursus tersebut menerima sijil kursus masing-masing. Mereka terdiri daripada kalangan pelajar IPT, ahli akademik, eksekutif, penyelidik dan orang awam. Tiga daripada mereka telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Peserta Terbaik (Best Participant Award) yang masing-masing menerima RM1,000 tajaan Finance Accreditation Agency (FAA).

Selain itu, Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian Sijil Akreditasi Penuh kursus berkenaan yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FAA, Encik Khairul Nizam Md Som kepada Pemangku Rektor KUIS, Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah. FAA merupakan sebuah badan jaminan kualiti dan akreditasi yang disokong oleh Bank Negara Malaysia (Bank Negara Malaysia) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Certificate for Shariah Banking & Finance (CSBF) mengandungi 11 modul yang berkaitan dengan Shariah dan aplikasinya dalam Perbankan dan Kewangan Islam. Modul-modul itu disampaikan oleh pakar-pakar bidang terkemuka dari industri Perbankan Islam dan Kewangan di Malaysia. Kursus ini antara lainnya bertujuan untuk melahirkan individu yang berkelayakan professional dalam industri Perbankan dan Kewangan Islam.
Kursus yang dijalankan pada hujung minggu ini merangkumi kelas dan penilaian pada hari yang sama.

Pelaksanaan kohot pertama telah berjaya dijalankan bermula 3 Mac sehingga 28 April 2019. Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi, khususnya ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia, akhirnya semua peserta kohot pertama berjaya diraikan dalam Majlis Anugerah Virtual ini.