ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

Bangi, 11 Mei 2022 – Seramai 26 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KUIS Sesi 2022/2023 telah mengikuti majlis baiah dan bacaan ikrar yang diadakan di Dewan Senat KUIS. Majlis ini turut dihadiri Yang Berbahagia Profesor Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Rektor, barisan Pengurusan Tertinggi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan dekan-dekan fakulti dan pusat.

Majlis baiah ini diadakan sebagai simbolik pelantikan dan akujanji perkhidmatan oleh MPP KUIS yang baharu bagi sesi 2022/2023. Barisan MPP KUIS yang baharu ini diketuai oleh saudara Nazef Iskandar bin Abdullah dengan barisan Majlis Tertinggi MPP, Exco dan Senator.

Sekalung ucapan tahniah diucapkan buat barisan MPP yang bakal menjalankan tanggungjawab sebagai perantara wadah antara pelajar dan pengurusan KUIS dan semoga KUIS terus maju dalam melahirkan Dai, Ulama dan Umarak.

Berita KUIS 2022