Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

23 September 2021 - Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Malaysia dan Universiti Islam Negeri al-Raniry, Banda Acheh Indonesia telah berlangsung secara maya pada hari ini.

Adalah diharapkan agar perjanjian ini dapat memberi manfaat kepada para akademik dan penyelidik dari kedua-dua institusi dalam menaiktaraf kecemerlangan akademik. Hasil daripada kolaborasi ini juga diharapkan dapat menyumbang kepada penerbitan penyelidikan yang berimpak tinggi serta kerjasama di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah serta perkongsian pintar dalam pelbagai bidang ilmu dan sumber dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat seperti yang telah dipersetujui bersama.

KUIS yakin bahawa melalui kolaborasi ini, akan dapat mencapai hasil yang terbaik dalam merealisasikan tujuan kedua-dua belah pihak serta menyumbang kepada inisiatif yang baik dan bermanfaat melalui kerjasama ini.