ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

Hari ini Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Prince of Songkla University (PSU) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) melalui Geran Penyelidikan Usahasama antara Pusat Pendidikan ICESCO KUIS, dengan Fakulti Sains Islam, PSU.

Penyelidikan bertajuk LEARNING PACKAGE FOR DEVELOPING STUDENTS’ ARABIC SPEAKING SKILLS: A CASE STUDY OF MALAYSIA AND THAILAND @ PEMBANGUNAN PAKEJ PEMBELAJARAN UNTUK KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB PELAJAR IPT: KAJIAN KES DI MALAYSIA DAN THAILAND ini diketuai oleh Dr Yaakob Hasan, Pengarah ICESCO KUIS dan Prof Madya Dr Kate Asmimana, Ketua Program Pengajian Perguruan Islam, Fakulti Sains Islam dari pihak PSU.

Tujuan penyelidikan secara usahasama ini adalah untuk menghasilkan pakej pembelajaran yang boleh membantu untuk meningkatkan kemahiran pelajar IPT di KUIS dan juga PSU dalam bertutur bahasa Arab. Justeru itu, kedua-dua pihak mengharapkan agar kolaborasi ini akan memantapkan bidang penyelidikan, perkongsian ilmu dan kepakaran dengan lebih meluas.

MoA ini ditandatangani oleh Rektor, Y.Bhg. Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, mewakili KUIS dan Asst. Prof. Dr. Muhammad Roflee Waehama, Dekan Fakulti Sains Islam dari PSU.

Berita KUIS 2022