Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

24 November 2021 - Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara KUIS dan FWD Takaful Berhad telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. MoA yang ditandatangani itu merupakan perjanjian kerjasama penyelidikan bagi geran industri yang julung kalinya diterima oleh KUIS.

KUIS amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak FWD Takaful Berhad yang sedia mendanai projek penyelidikan bernilai RM250,000.00 bagi menghasilkan penerbitan buku daripada penyelidikan tersebut.

Pihak FWD Takaful juga turut menzahirkan penghargaan kepada pihak KUIS di atas kesudian menjalankan penyelidikan serta melahirkan hasrat untuk meningkatkan sinergi dengan KUIS dalam bidang-bidang lain yang akan diteroka bersama nanti.