ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

Bangi, 22 Jun - KUIS melalui Fakulti Sains & Teknologi Maklumat hari ini memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan MIKAZA DRG Sdn. Bhd. dalam usaha membangunkan sistem portal Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) bagi menyediakan anak muda kepakaran dan persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan.

KUIS telah diberikan kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan dana permulaan sebanyak RM200,000. Portal ini dibangunkan bagi kemudahan para peserta yang mengikuti kursus disediakan untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

MoA ditandatangani oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Abdul Razif Zaini disaksikan oleh Profesor Madya Dr. Mokmin Basri, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri. Manakala MIKAZA DRG diwakili oleh En. Azizan Johari, Ketua Pegawai Eksekutif dan Puan Thaniah Ahmad, Pengarah Projek.

Majlis ini turut melancarkan aplikasi Chatbot di laman sesawang KUIS yang bernilai RM150,000 sumbangan MIKAZA DRG bagi membantu menyalurkan maklumat dan berinteraksi bersama pengunjung terutamanya para pelajar.

Berita KUIS 2022