Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

19 November 2021 - Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara KUIS dan Yayasan Ikhlas telah berlangsung pada hari ini. Ia merupakan satu majlis yang sangat bermakna, jaringan antara institusi pendidikan dan NGO yang memperjuangkan nasib komuniti di Malaysia.
 
KUIS amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Yayasan Ikhlas yang sedia mendanai projek penyelidikan sebanyak RM24,000 bagi melahirkan dua (2) orang bakat dalam Sarjana Usuluddin dan Pemikiran Islam.

Dengan kolaborasi ini, diharapkan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Malaysia dan Yayasan Ikhlas dapat berkongsi kepakaran dalam bidang yang berkaitan dan bertindak sebagai satu permulaan kepada program kolaborasi akademik seperti penyelidikan dan penerbitan.

#jommasukkuis
#disinilahirnyadaiulamadanumarak