Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

kembali ke kuis

 

BANDAR SERI PUTRA – Proses kemasukan pelajar ke KUIS akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober 2021. Berdasarkan perutusan rasmi yang dibuat Kementerian Pengajian Tinggi, KUIS telah menetapkan kemasukan pelajar ke kampus hanya mereka yang lengkap divaksin dan telah melepasi tempoh keberkesanan (14 hari selepas divaksin) sahaja yang dibenarkan. Ini melibatkan semua kategori pelajar dan semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.

“KUIS sangat mengalu-alukan kehadiran semula pelajar secara berperingkat ke kampus dan kita menyambut baik pengumuman yang telah dibuat oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad semalam.” – Pemangku Rektor KUIS, Profesor Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah. Beliau menyambung, KUIS akan mengeluarkan pekeliling dan SOP dalam masa terdekat sebagai rujukan semua pelajar, kakitangan akademik dan bukan akademik.