ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

KUIS24 Mei 2022 telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan Bersama Rektor dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443H peringkat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Pusat Konvensyen KUIS dengan bertemakan ‘Warna-warni Hari Raya’. Majlis dimulakan dengan ucapan dan amanat daripada Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Rektor KUIS.

Perhimpunan bulanan pada kali ini dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, Bahagian Pengurusan Insan, Bahagian Pembangunan & Pengurusan Fasiliti dan Bahagian Keselamatan.

YBhg Dato Rektor telah mengumumkan kenaikan pangkat kakitangan pentadbiran dan pensyarah yang telah lulus pengajian Doktor Falsafah di bidang masing-masing. Ucapan selamat datang juga diberikan kepada Ketua Bahagian Teknologi Maklumat, Puan Aireen Naquiah binti Hamzah dan Puan Zarifah binti Muhamad Ruslan, Penolong Juruaudit yang mula berkhidmat di KUIS pada bulan Mei 2022.

Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil The Malaysia Book of Records (MBOR) oleh Dekan Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Dr Norziah Binti Othman kepada Yang Berbahagia Dato’ Rektor di atas kejayaan penyertaan KUIS menerusi Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM) di dalam Program Pameran Pendidikan yang telah bersiaran selama 24 jam tanpa henti melalui saluran dalam talian FB CR Stanley pada 16 dan 17 April 2022 yang lalu. Program tersebut telah mencatatkan sebanyak 18,000 tontonan sepanjang program bersiaran.

Majlis diceriakan lagi dengan cabutan bertuah, pertandingan penampilan pakaian paling bergaya lelaki dan wanita (Arjuna Beta; dimenangi oleh Encik Che Azlan Bin Che Aziz dan Kesuma Dewi; dimenangi oleh Puan Nur Athirah Binti Irham) dan gerai paling meriah (dimenangi oleh gerai kombinasi Bahagian Pembangunan & Pengurusan Fasiliti, Pusat Global dan Pusat Pendidikan ICESCO di Malaysia). Uniknya, kesemua 41 hadiah cabutan bertuah adalah hasil sumbangan daripada kakitangan KUIS.

Turut hadir memeriahkan majlis, Mantan Rektor KUIS, YBhg Prof Dato Dr. Ab. Halim Bin Tamuri, barisan pengurusan dan semua pegawai akademik dan pentadbiran KUIS.

Berita KUIS 2022