Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

8 Jun 2021 - The Eighth International Conference on Management and Muamalah (8th ICoMM 2021) merupakan program tahunan anjuran Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Persidangan bertemakan Managing Transformation of Humanities through Multidisciplinary Studies ini adalah untuk menyumbang dalam memperkasakan pembangunan penyelidikan di kalangan ahli akademik serta dapat berkongsi hasil dapatan penyelidikan di peringkat antarabangsa. Walaupun dalam tempoh pandemik, ia bukanlah satu halangan bagi program ini berjalan dengan jayanya di samping panel-panel yang hebat.

Program ICoMM8 2021 ini dirasmikan Rektor KUIS, Profesor Dato’ Dr Ab Halim Tamuri dan turut menjemput Dekan UKM-Graduate School of Business, Prof. Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul, Pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia, Dr. Othman Talib dan Ketua Bahagian Strategi Korporat Lembaga Zakat Selangor, Tuan Kamarulzaman Omar sebagai panel jemputan. Forum ini bertambah ceria dan hebat dengan kemunculan personaliti TV terkenal, Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail sebagai moderator dalam mengendalikan forum “Pengurusan Transformasi Modal Insan Pada Masa Kini”. Tujuan kolaborasi panel daripada pakar bidang akademik dan industri selain penyelidikan ini adalah agar dapat memberi nilai tambah dan peserta dapat menghayati isu-isu yang dibincangkan dalam seminar ini dengan lebih mendalam.

icomm8 01
 Forum ICoMM8 berlangsung secara live streaming ini selama sejam setengah terdiri daripada moderator Zainal Ariffin Ismail (dari kiri), panel Dr. Othman Talib (dari atas kanan), Prof. Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul (kanan tengah) dan Kamarulzaman Omar.

 Program ini telah disertai seramai 120 pembentang kertas kerja dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) seperti UKM, USIM, UIAM, UMS, UPSI, OUM, UMK, IPG, UNISEL, UPM, KUPTM, UM, UTM dan MEDIU menerusi Google Meet.

Dengan berlangsungnya persidangan ini, objektif bagi menyediakan satu platfom bagi perkongsian maklumat dan dapatan kajian dibidang terbabit telah tercapai dan persidangan ilmiah sebegini akan diteruskan pada masa yang akan datang.