Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Perutusan Rektor

Assalamualaikum wrt. wbth.

Saya ingin mengucapkan Selamat Pagi kepada warga KUIS. Apa khabar semua? Semoga terus kuat dan bersemangat bersama keluarga yang tercinta dalam mengharungi tempoh PKP ini. Tidak dinafikan bahawa PKP memberi tekanan psikologi yang datang dalam berbagai bentuk dan perlu kita tangani bersama. Hakikatnya, bukan mudah untuk melaksanakan BDR ditambah pula dengan sesi persekolahan yang bermula minggu lepas. Bersabarlah kerana ini adalah satu cabaran dan dugaan yang kita perlu lalui demi keselamatan kita dan seluruh ahli keluarga serta masyarakat amnya. Kelangsungan hidup pada masa hadapan perlu diteruskan.

Tahun ini adalah sangat mencabar kepada kita semua disebabkan kesan ekonomi yang tidak menentu akibat daripada pandemik COVID19. Jika kita perhatikan, hampir seluruh dunia menghadapi peningkatan yang mendadak dalam gelombang ketiga yang sedang kita lalui. Sehingga 25 Januari 2021 jam 7.45 pagi jumlah jangkitan COVID19 di seluruh dunia ialah 99,729,581 dengan kes kematian seramai 2,137,849. Pihak KKM dan seluruh pihak berkuasa sedang melakukan berbagai langkah dan tindakan bagi membendung jangkitan COVID19. Kita boleh membantu pihak kerajaan dengan tidak keluar rumah dan hanya keluar jika ada keperluan yang sangat penting. Sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan STAY AT HOME.

Secara umumnya, kampus KUIS masih lagi tutup dan warga KUIS perlu BDR sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan oleh Pejabat Pendaftar dari masa ke semasa.Teruskan tugas seharian anda secara BDR dan seimbangkan keperluan keluarga dan kerja sebaiknya. Uruskan keluarga dan tugas dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Jimatkan perbelanjaan dan hanya membeli apa yang kita sangat perlukan pada masa ini.

Ayuh teruskan usaha untuk sentiasa memohon dan memunajat pada Allah swt bagi dipermudahkan semua urusan yang kita lakukan setiap hari.

STAY SAFE, STAY AT HOME

Ab. Halim Tamuri
Rektor KUIS
Bandar Baru Bangi,
25 Januari 2021 7.45 pagi.