Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Perutusan Rektor

Assalamualaikum wrt. wbth.

Selamat Pagi saya ucapkan kepada semua kakitangan dan mahasiswa/mahasiswi KUSI yang dikasihi. Semoga semua terus kuat dan bersemangat untuk bekerja dan belajar dari rumah masing-masing. Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dan Bekerja Dari Rumah (BDR) adalah norma baharu yang kita mesti kita lalui dalam menghadapi cabaran pandemik COVID19. Kakitangan KUIS perlu BDR walaupun mereka sebenarnya ingin Kembali bekerja di kampus seperti biasa. Begitu juga dengan mahasiswa/mahasiswi KUIS yang ingin pulang semula ke kampus untuk belajar seperti biasa dan rindu untuk berjumpa dengan rakan-rakan semua. Namun, demi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan semua, kita perlu akur dengan arahan KKM dan MKN untuk BDR dan PdPR. Kita berdoa agar pandemik COVID19 secara berakhir dan kita dapat kembali bekerja serta belajar seperti sebelum ini.

Sehingga jam 9.30 pagi 1/2/2021 jumlah kes jangkitan di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah 103,509,080 kes manakala kes kematian pula kini telah mencapai 2,237,083. Peningkatan ini sangat membimbangkan masyarakat di seluruh dunia dan kita berdoa agar vaksin yang sedang diuji secara klinikal oleh pihak KKM akan dapat diberikan kepada kita semua, InsyaAllah. Buat masa ini, STAY SAFE, STAY AT HOME.

Sehubungan itu, KUIS akan mengadakan MUNAJAT PERDANA dengan tujuan untuk memohon kepada Allah SWT agar kita semua selamat dan dilindungi daripada wabak COVID19; dipermudahkan semua urusan; dan dimurahkan rezeki dan diberkati. Dengan penuh hormatnya dijemput kepada semua kakitangan dan mahasiswa/mahasiswi KUIS untuk menjayakan MUNAJAT PERDANA yang akan diadakan pada:

HARI
TARIKH
MASA
LOKASI
:
:
:
:
SELASA
2 FEBRUARI 2021
 7.30 - 8.30 MALAM
DI RUMAH MASING-MASING (SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN BERSAMA AHLI KELUARGA) 

 

Semoga kita diberikan perlindungan daripada Allah SWT dan pandemik COVID19 ini segera berakhir. Teruskan tugas harian secara BDR/PdPR dan sentiasa positif dalam apa juga keadaan. Terima kasih atas komitmen daripada semua warga KUIS yang dikasihi.

STAY SAFE, STAY AT HOME

Ab. Halim Tamuri
Rektor KUIS
Bandar Baru Bangi
1 Februari 2021 jam 9.45 pagi.