Akademi Islam merupakan sebuah Fakulti terawal (sejak tahun 1995) di KUIS yang menumpukan kepada penawaran perkhidmatan pendidikan khasnya dalam bidang Pendidikan Islam. Akademi Islam bertekad untuk melahirkan graduan yang kompeten bukan sahaja daripada aspek keilmuan tetapi juga akhlak dan kemahiran bagi mencapai matlamat mardhatillah. Bermula dengan Sekolah Pengajian Islam (SPI), kini Akademi Islam telah melahirkan ramai graduan dan cendekiawan yang tidak kurang hebatnya di peringkat domestik dan antarabangsa bagi meneruskan bidang industri pendidikan di Malaysia khususnya di Selangor.
Pada masa kini Akademi Islam menawarkan 7 program diploma dan 7 program Sarjana Muda. Pendekatan yang dilakukan masih meneruskan kursus integrasi ilmu antara ilmu-ilmu asas Pengajian Islam dan bidang-bidang profesional seperti Multimedia, Komunikasi dan Pengurusan Sumber Insan.
Bahasa Pengantar Bahasa Arab & Bahasa Melayu
Program Yang Ditawarkan
• Sarjana
•MG02 - Sarjana Syariah(Pengurusan)(Kepujian) KP/JPS (KA 10231)
• Sarjana Muda
•BI01 - Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang (Kepujian) KP/JPS (KR 11606) MQA (A 6282)
•BI02 - Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi (Kepujian) KP/JPS (KA 10081) MQA (100081)
•BI03 - Sarjana Muda Usuluddin Dengan Multimedia (Kepujian) KP/JPS (KA 10229) MQA (PA 10229)
•BI04 - Sarjana Muda Al-Quran Dan Al-Qiraat (Kepujian) KP/JPS (KA 10082) MQA (PA 10082)
•BI05 - Sarjana Muda Dakwah Dengan Pengurusan Sumber Insan (Kepujian) KP/JPS (KA 10230) MQA (PA 10230)
• BC01 - Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua (Kepujian) KP/JPS (KA 7560) MQA (PA 7560)
• BC03 - Sarjana Muda Bahasa Arab (Terjemahan) (kepujian) KP/JPS (KA 8817) MQA (A 8817)
• Diploma
•IS12 - Diploma Pengajian Islam (Syariah) KP/JPS (KR 11622) MQA (A 11622)
•IS13 - Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) KP/JPS (KA 11620) MQA (A 11620)
•IS14 - Diploma Pengajian Islam (Al-Quran dan Al-Sunnah) KP/JPS (KR 6312) 07/10 MQA (A 1208)
•IS15 - Diploma Pengajian Islam (Dakwah) KP/JPS (KR 6311) 07/10 MQA (A 1209)
•IS16 - Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat KP/JPS (R/221/4/0032) MQA (A 0840)
•IS18 - Diploma Syariah & Perundangan Islam KP/JPS (KR 9601) MQA (A 9601)
• IS11 - Diploma Bahasa Arab KP/JPS (KR 11639) MQA (A 6309)
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Pejabat Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor.