Utama arrow Pelajar


 logo_s
MEMO DALAMAN
 
  Ruj.
KUIS/Pendaftar/Umum
 
  Tarikh
6 Januari 2012
12 Safar 1433H
 

  PEJABAT PENDAFTAR
 

 Semua Pelajar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Assalamualaikum wrt. wbt.

Saudara/Saudari,

FOKUS PELAJAR KUIS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa KUIS adalah sebuah organisasi milik penuh MAIS yang menjalankankewajipan sosial dalam bidang pengajian tinggi yang memegang amanah agama, bangsa dan negara. Sehubungan dengan itu, semua pelajar KUIS digesa untuk mendokong hasrat dan cita-cita murni tersebut dengan memberikan sepenuh komitmen kepada organisasi ini.


Justeru itu, pelajar KUIS hendaklah memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar dengan memastikan kesempurnaan adab dan kecemerlangan akademik serta mematuhi peraturan KUIS dan undang-undang Negara. Sekiranya pelajar KUIS didapati tidak mematuhi peraturan KUIS dan undang-undang Negara dengan terlibat dalam sebarang demonstrasi dan perhimpunan haram, pihak KUIS tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib dan tidak akan bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Yang benar,

HJ. ABDUL KARIM BIN NOH SHAH
Pendaftar