Utama Berita 324 Pelajar Terima Sumbangan Aidilfitri
|
324 Pelajar Terima Sumbangan Aidilfitri
Bandar Seri Putra, BANGI : D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 250 pelajar yatim, miskin dan saudara baru KUIS, manakala 74 lagi merupakan asnaf dari daerah Hulu Langat sempena Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat pada 24 Ogos yang lalu.
Majlis yang diadakan di kampus KUIS turut diiringi anakandanya D.Y.T.M. Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib dan Tarawih berjemaah bersama 5,000 pelajar KUIS dan penduduk setempat di Masjid Al-Azhar, KUIS.
|  | |
| Ketibaan D.Y.M.M. Sultan Selangor diiringi oleh D.Y.T.M. Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Selangor.
| | Baginda yang diiringi anakandanya turut bersalaman dengan rakyat jelata.
| Dalam majlis yang sama, baginda turut berkenan melancarkan buku terbitan KUIS berjudul ‘Terjemahan Mukhtasar Sahih Bukhari’ yang mengandungi hadis-hadis sahih daripada daripada kitab Sahih al-Bukhari yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD).
Sementara itu, seorang penerima yang merupakan pelajar tahun empat dari Nigeria, Ibrahim, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban beliau menyambut hari raya nanti lebih-lebih lagi ketika berada di perantauan.
|
| |
| Baginda menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar asnaf mualaf KUIS yang berasal dari Nigeria.
| | Rektor KUIS mempersembahkan buku TERJEMAHAN MUKHTASAR SAHIH AL-BUKHARI kepada DYMM Sultan Selangor sebagai simbolik perasmian. | “Alhamdulillah, saya amat berterima kasih di atas keprihatinan baginda walaupun saya bukan rakyat Selangor tetapi sumbangan ini amat bermakna bagi saya,” katanya yang turut mengikuti kelas bimbingan fardu ain JAIS/LZS.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar dan Rektor KUIS, Prof. Dato’ Dr Aziuddin Ahmad.
|
| |
| Pengarah INHAD, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah turut serta menyerahkan buku TERJEMAHAN MUKHTASAR SAHIH AL-BUKHARI kepada baginda. | | Penyerahan cenderamata daripada pihak KUIS kepada DYMM Sultan Selangor disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali
|
|
|