Utama arrow Berita arrow KUIS Jalin Kerjasama Dengan Hospital Pakar An-Nur
Share |
KUIS Jalin Kerjasama Dengan Hospital Pakar An-Nur
Bandar Seri Putra, Bangi, 11 Mac – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Hospital Pakar An-Nur dalam usaha menjalin kerjasama dalam bidang kejururawatan.

Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan dalam satu majlis ringkas yang turut dihadiri Rektor KUIS, Professor Dato’ Dr Aziuddin Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pakar An-Nur, Tuan Hj Shaharom Md Shariff.

Dalam ucapannya, Rektor KUIS Profesor Dato’ Dr Aziuddin Ahmad berkata menerusi kerjasama dua hala ini telah memberi peluang kepada pelatih-pelatih kejururawatan KUIS untuk menjalani latihan klinikal di hospital pakar An-Nur.
img_2106 img_2109
   
“KUIS juga berharap apabila Hospital Pakar An-Nur siap sepenuhnya nanti akan dapat menambah bilangan pelatih KUIS menjalani latihan klinikal seterusnya berkhidmat di sana,” katanya ketika berucap di majlis menandatangani MoU tersebut.

Hadir sama menyempurnakan MoU ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar An-Nur, Tuan Hj Shaharom Md Shariff, Ketua Pegawai Operasi, Che Mahmud Mohd Nordin, Pengurus Sumber Manusia, Pn Radziah Mahmud Muhaidin, Ketua Jururawat, Puan Siti Azifah Mohamad dan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pn. Normazita Neimad.
img_2111 img_2114
   

Los Mejores Restaurantes de Santiago

Restaurantes en Santiago - Restaurantes en Santiago

Los Mejores Restaurantes Bogotá Restaurantes en Bogota