Utama Berita STUDENT’S SMART 2011 melahirkan “A sought after leader”
STUDENT’S SMART 2011 melahirkan “A sought after leader”
Hasil daripada Program Strategy Map Retreat 2011 (SMART 11) yang dijalankan khusus untuk kakitangan akademik KUIS pada bulan Januari lalu telah memberikan semangat baru kepada Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa KUIS dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) dan Bahagian Kediaman & Penempatan Mahasiswa (BKPM) untuk mewujudkan kesinambungan melalui program STUDENT’S SMART 11.
Seramai 97 orang wakil pimpinan mahasiswa KUIS terdiri daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Majlis Perwakilan Nuqaba, Jawatankuasa Pimpinan Mahallah (JAPIM) dan juga wakil pimpinan persatuan fakulti dan pusat telah menghadiri program tersebut yang diadakan di Kem Excell Training, Lenggeng.
Program ini turut disertai oleh Dekan-Dekan dan Timbalan Dekan fakulti dalam membina semangat kebersamaan antara pimpinan mahasiswa yang bernaung di bawah Majilis Perwakilan Mahasiswa KUIS.
|  | |  | | | | | Program 2 hari 1 malam ini memberikan pendedahan kepada pimpinan mahasiswa untuk bersama-sama mendokong halatuju KUIS ke arah melahirkan mahasiswa ta’dibi. Bertemakan ‘A sought after leader” membuktikan bahawa pimpinan mahasiswa KUIS mampu merealisasikan harapan KUIS melalui pendekatan yang telah dibincangkan sepanjang program berlangsung.
Antara pengisian program adalah sesi taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa & Alumni) iaitu Dr Nor’Adha Abd Hamid diikuti dengan Ustaz Abdullah Endut melalui slot Melahirkan Mahasiswa Ta’dibi,Pelan Pemerkasaan Mahasiswa, sesi Sentuhan Qalbu dan Santapan Qalbu, aktiviti hijau dan biru, Qiamullail dan juga ‘Skill Set” yang dibentangkan oleh Timbalan Dekan (Pembangunan Mahasiswa) yang terpilih.
Rata-rata peserta mengharapkan agar program ini dijadikan program tahunan bagi memberi peluang dan ruang untuk pimpinan mahasiswa menyalurkan dan bertukar-tukar maklumat dengan pengurusan KUIS.
|  | |
| | | | |
|
|