Utama arrow Mengenai Kami arrow Logo
Logo
logo%20kuis%20baharu
Rasional Logo

Biru
 
melambangkan konsep perpaduan dan kesatuan yang diamalkan oleh seluruh warga kolej sejajar dengan matlamat penubuhannya.

 Merah
 
bermaksud berani dalam menghadapi cabaran hidup semasa.

 Kuning
 
menggambarkan perkembangan Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.

 Hitam
 
yang mengelilingi pelbagai cabang berpusat di tengah menunjukkan ketegasan dan penekanan mengambil Al- Quran dan Al-Sunnah sebagai unsur dominan dan terpenting. 

 Putih
 
melambangkan wawasan KUIS ke arah mencapai kecemerlangan sesuai dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara.

Bentuk segiempat pula menggambarkan kejituan semangat untuk mengorak langkah ke arah melahirkan generasi terpelajar yang seimbang dan bersepadu.

Pelbagai cabang berpusat di tengah melambangkan kesepaduan ilmu berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Bulan sabit melambangkan perkembangan kepesatan dan kemajuan Islam di Negeri Selangor yang menjadi inspirasi penubuhan KUIS.

Bentuk bulat menunjukkan keberanian dan ilmu yang hak disepadukan untuk menampilkan generasi yang berani, berilmu, beriman dan beramal.