Utama Berita DYMM Sultan Selangor Berbuka Puasa Bersama Warga KUIS
|
DYMM Sultan Selangor Berbuka Puasa Bersama Warga KUIS
Bandar Seri Putra, BANGI : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat terawikh bersama kira-kira 2,000 warga KUIS dan penduduk sekitar Bandar Seri Putra di Masjid Al-Azhar KUIS di sini pada 18 Ogos lalu.
Pada majlis itu baginda turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 258 pelajar asnaf KUIS dan 91 orang saudara baru dari daerah Hulu Langat.
Baginda turut berkenan melancarkan buku terbitan KUIS berjudul ‘Terjemahan Mukhtasar Sahih Bukhari Jilid 2’ yang mengandungi hadis-hadis sahih daripada kitab Sahih al-Bukhari yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD).
|  | |
| Ketibaan D.Y.M.M. Sultan Selangor diiringi oleh D.Y.T.M. Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Selangor.
| | Baginda yang diiringi anakandanya turut bersalaman dengan rakyat jelata.
| Majlis yang diadakan di kampus KUIS turut diiringi anakandanya DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi, Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato' Setia Hj. Mohd. Tamyes b. Abd. Wahid, Pengerusi MAIS, YAD Dato’ Setia Hj Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengarah JAIS, Sahibus Saadah Hj Marzuki Hussain, Rektor KUIS, Prof. Dato’ Dr Aziuddin Ahmad dan beberapa orang kenamaan.
Sementara itu, Rektor KUIS, Prof. Dato’ Dr Aziuddin Ahmad dalam sembah ucapannya memaklumkan bahawa KUIS sedang mengorak langkah transformasi ke arah usaha penghijrahan dan mengembalikan semula kecemerlangan Islam melalui pendidikan dan menekankan pembentukan insan kamil berakhlak tinggi berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
|
| |
| Rektor KUIS mempersembahkan hadiah kepada DYMM Sultan Selangor sebagai tanda berterima kasih atas kehadiran baginda ke KUIS.
| | Baginda sultan & Raja Muda bersama-menunaikan solat tarawikh di masjid Al-azhar KUIS bersama rakyat jelata. |
|
|