Utama arrow ToK2011 arrow Foreword Dato' Rektor
header

TRANSFORMATION OF KUIS:
MENGGARAP IMPIAN, MELAKAR MASA HADAPAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi-Nya jua yang menjaga seluruh alam. Rahmat dan salam kepada junjungan Nabi Besar kita, Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda SAW dan para pengikut Baginda yang setia.

Terlalu cepat waktu menghambat. Meski hembusan nafas kadangkala dilihat penat, gerak kaki perlu laju kerana lumrah kehidupan, hitungan amal batasnya adalah kematian.

Warga KUIS yang dimuliakan,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tanggal 1 April 2010, dalam ucapan rasmi selaku Rektor KUIS, saya telah mengajak semua warga KUIS untuk merealisasikan keistimewaan KUIS sebagai pusat kecemerlangan ilmu dalam ertikata yang sebenarnya.Tanpa berpada dengan apa yang telah dicapai dan tidak mahu wujud sekadar simbol, dengan dua kalimah istimewa yang ada pada KUIS iaitu ‘Islam’ dan ‘Antarabangsa’, marilah kita bersama-sama mengorak langkah membina jawapan terhadap dua persoalan besar yang  dilontarkan iaitu “apa yang menggambarkan KUIS sebagai universiti Islam dalam ertikata yang sebenarnya?” dan “ apa yang mencerminkan insan KUIS sebagai insan Ta’dibi?”

Konsep insan adabi dan ta’dibi bak jenama yang amat sesuai dengan suasana semasa di mana dunia sedang tercari-cari dan mencari-cari graduan hasil pembentukan dari universiti Islam dalam erti kata sebenar. Graduan yang bakal terbentuk bukan sekadar berpengetahuan dan mempunyai set kemahiran yang baik, bahkan yang afdal dan utamanya ialah mereka yang terbentuk dan cemerlang adab dan akhlaknya.

Saya tidak takut dilambung ombak, justeru rumah yang saya bina amat hampir dengan pantai. Sebagai satu prakarsa yang proaktif dalam merangka jawapan terhadap persoalan tersebut, maka Transformation of KUIS yang membawa agenda ta’dib sebagai teras di KUIS dan memastikan insan KUIS adalah insan Ta’dibi perlu disambut sebagai cabaran dalam merealisasikan impian, mengembalikan kegemilangan institusi pengajian tinggi Islam:

*Today, I wish to touch on what I believe as the main challenge to achieving that vision. WE, Warga KUIS would present the core obstacle to KUIS’ progress depending on how we decide.  The journey to bring back the lustre of education according to Islam begins with us. We need to not only believe that we can do it, but also MUST WANT to be part of the team DOING it.

Bertitik-tolak daripada konsep dan gagasan pendidikan Islam sebenar yang telah dibincang dan dirumus dalam Persidangan Dunia Pertama Pendidikan Islam yang berlangsung di Makkah al-Mukarramah pada tahun 1977, usahaTransformation of KUIS ini bukan sekadar di pinggiran dan bukan mainan manis bibir, tetapi satu azam dan janji yang memerlukan gemblengan idea dan tenaga di semua peringkat warga kerja yang terlibat samaada secara langsung atau tidak:

*I believe it can never be over emphasised that academics, administrators, support staff, students and the Board members all have a role to play. It is when we carry out each of our roles with the highest level of sincerity and conviction that we can begin to move along.  The only answer to access the door of wisdom is to be passionate about what we are doing and strive sincerely to do our best. So let us take our passion and sincerity as the point of departure in enriching KUIS.

Warga KUIS yang dimuliakan,

Keseriusan KUIS dalam menjayakan Transformation of KUIS perlu bermula di peringkat paling asas iaitu dalam diri setiap warganya. Dengan mendokong prinsip Islam as Core, berbekalkan Core Competency dan  merealisasikan Core Curriculum dalam ertikata yang sebenarnya, tujuan pendidikan Islam untuk menciptakan insan yang baik dan soleh memegang amanah sebagai khalifah Allah SWT, tetapi dalam masa yang sama, tidak alpa dalam menjalankan tugas sebagai abid dapat diterjemahkan.

*Next, in order to pursue our aim of making KUIS relevant, we too must be relevant. For that, it is necessary that each and every one of us strives to actualise TA’DIB as the core business of KUIS. We need to understand what it means to impart knowledge with a moral purpose. It must not just be reflected in our intentions but also our deeds. Hence, I am proposing a period of knowledge enhancement not just for our academics but everyone here. In order for us to discharge our amanah we need to be equipped with the right knowledge, the highest degree of competence and good values.


Sehubungan dengan ini, marilah kita menadah tangan bersama-sama memohon daripada Allah SWT agar niat murni dan usaha yang bersungguh-sungguh ini mendapat bantuan daripadaNya dan semoga dipermudahkan segala urusan yang berkaitan dan mudah-mudahan redha Allah SWT akan sentiasa beriringan menemani kita.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Prof. Dato’ Dr. Aziuddin Ahmad
Rektor
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

*Ucapan Alu-aluan Rektor KUIS, LIVING THE ESSENCE NOT THE SYMBOLS – 16 April 2010.