Utama Berita KUIS dan UTM Meterai Kerjasama
|
KUIS dan UTM Meterai Kerjasama
Detik bersejarah telah dilakarkan oleh KUIS dengan menandatangani MoU bersama UTM pada 16hb. Januari 2012 bersamaan 22 Safar 1433H di Dewan Bankuet, UTM International Campus, Kuala Lumpur. Perjanjian MoU ini telah ditandatangani oleh Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan KUIS, Dr. Nor Adha Bt Abdul Hamid yang mewakili Dato Rektor KUIS, manakala bagi pihak UTM ditandatangani oleh Naib Canselor UTM. Prof. Dato’ Ir Dr Zaini Ujang yang disaksikan oleh Pendaftar KUIS, En Abdul Karim Bin Noh Shah dan Pengarah CASIS, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Bin Wan Daud.
UTM merupakan satu nama besar di persada Antarabangsa dan salah sebuah Universiti yang ulung di Malaysia dan diterajui oleh ramai pakar-pakar yang berpengalaman. Malalui kepakaran yang ada, KUIS mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan UTM melalui Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS) yang merupakan centre of excellence di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kerjasama yang di adakan bukan setakat latihan Adabic Personality Development bermula 18hb. Januari 2012 bersamaan 24 Safar 1433H di KUIS selama 14 minggu sahaja, malahan banyak lagi program dan aktiviti yang akan diatur dan disusun untuk memantapkan jati diri warga KUIS melalui pembangunan modul yang akan dilaksanakan melalui kerjasama antara dua pihak, antaranya; melalui pertukaran staff dan peluang menyambung pelajaran di UTM.
|  | |
| | | | | Transformation of KUIS merupakan agenda besar KUIS untuk mengembalikan kecemerlangan pendidikan Islam sebenar dalam mendidik insan KUIS sebagai Insan ta’dibi yang perlu melalui fasa-fasa from idealization to actualisation dan from model to module kearah mencapai keredhaan Allah Subhanallahu Ta’ala.
Insya Allah, dengan adanya kerjasama ini, maka proses mencapai enam faktor kejayaan transformasi KUIS secara holistic antaranya Governance dan Fasiliti yang baik, Kurikulum Niche Islam, Warga Akademik dan Pentadbiran yang memiliki Ruh Islam, Mahasiswa Ta’dibi, Relevence Kepada Ummah dan Kekuatan Alumni akan dicapai. KUIS mengorak langkah dalam menongkah arus perdana sebagai usaha jihad fi sabilillah kembali semula kepada ruh Islam melalui erti kata yang sebenar bagi memartabatkan ilmu dan amal berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
|
|
|