Utama arrow Berita ToK arrow KUIS sasar lahir insan
header

KELUARAN KHAS
Khamis, 27 Oktober 2011
|MENUJU MENARA GADING
BERITA HARIAN

KUIS Sasar Lahir 'Insan'


Didik Pelajar Berasaskan Islam, Pengukuhan Ilmu

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang menggunakan nama Islam, KUIS tidak akan menjadikan amanah 'Islam' hanya sebagai label promosi, slogan atau jenama untuk menarik kemasukan pelajar. KUIS tidak bercita-cita melahirkan graduan yang tidak menjaga hubungan dengan Tuhan, insan dan alam kerana peranan universiti adalah untuk melahirkan 'insan,' bukan produk (University is to embody insan).

Pendidikan di KUIS semestinya menekankan kepada makna dan tanggungjawab pendidik terhadap fitrah asalnya iaitu melahirkan insan beradab yang berdaya fikir, kreatif, kritis dan inovatif dan bukan sekadar menjadi ‘penyampai kurikulum’(curriculum delivery). Sistem akademik KUIS turut diperkuatkan dan berorientasikan bukan sekadar peperiksaan dan menilai prestasi pelajar berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan, bahkan mengambil kira aspek sahsiah mereka.

Pada usia 'remaja' dan sebagai institusi pengajian tinggi Islam, KUIS menyedari keperluan untuk 'bermula semula' melalui proses 'Unlearn, Learn dan Relearn'. Mengembalikan pendidikan menurut falsafah Tasawwur Islam melalui kurikulum Allah SWT (pembentukan rohaniah dan sahsiah) yang berpaksikan 'Islam as Core (Know, Do Be)' adalah satu cabaran dan amanah besar bukan hanya bagi KUIS, tetapi juga Institusi pengajian tinggi lain.

Pendidikan hari ini sudah hilang 'jiwa' (roh sebenar) apabila sistem, kurikulum dan matlamat akhir pendidikan sendiri tidak menjurus kepada pembentukan insan ta'dibi, jauh sekali dari mengesakan Allah SWT. KUIS sebagai institusi pengajian tinggi Islam berperanan dalam usaha melahirkan insan ta'dibi.

Elemen utama melahirkan insan ta'dibi ialah Ilmu dan KUIS, institusi pengajian tinggi Islam yang menggalas tanggungiawab berkenaan
 team_tok
 SEKRETARIAT Transformasi KUIS
 
sentiasa mengalu-alukan kehadiran insan yang bersedia berubah ke arah kehidupan lebih baik.

Insan ta'dibi perlu mengukahkan kefahaman tentang Islam iaitu pemahaman, pengetahuan dan amalan, yang menyeluruh serta bersepadu mengikut ajaran Islam bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Pembentukan insan ta'dibi melalui pengukuhan ilmu menjadi asas urusan muamalah dan kemahiran dalam kehidupan. Ini merujuk kepada ilmu berkaitan kemahiran dan fardu kifayah yang sangat penting dalam pembinaan keluarga dan masyarakat maju seiring peredaran zaman.

'Islam as Core' perlu menjadi kanvas mendasari 'Core Competency' dalam melahirkan warga KUIS yang mencerminkan sifat ta'dibi. Melalui kesepaduan 'Islam as Core' dan 'Core Competency' warga KUIS mampu membenteng diri daripada terjerumus ke dalam unsur tidak selari dengan nilai Islam.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah setiap anak yang lahir kecuali dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanya yang akan menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani, atau Majusi." (Al-Bukhari dalam Kitabul Jana'iz (no. 1358)
 
Dalam pembentukan insan ta'dibi, proses pendidikan 24 jam khususnya dalam membina sahsiah warga KUIS harus melalui fasa unlearn, learn dan relearn. Warga KUIS perlu bersedia mendidik dan dalam masa yang sama mampu berlapang dada untuk dididik dan menerima teguran.

Pembentukan insan melalui pendidikan tidak terhenti apabila tamat pengajian, tetapi pendidikan dalam Islam bersifat sepanjang hayat dan berterusan. Pembangunan insan hari ini dinilai melalui faktor luaran saja mengikut pandangan Eurocentrism tanpa menilai sahsiah (rohani) seseorang.

Selepas mengetahui kebenaran terhadap produk keluaran Barat yang mementingkan faktor luaran semata-mata, ilmuwan Barat sendiri akhirnya mengakui dan meyakini kepentingan sahsiah melalui pembentukan akhlak dan adab adalah faktor utama dan terpenting dalam pembentukan insan.

Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam iaitu bertakwa, berilmu dan beramal, berdisiplin, bersahsiah dan penuh tawadduk menjadi tonggak amalan bagi membina insan adabi (muaddab) di KUIS.