Utama arrow Pejabat Rektor arrow Daripada Rektor Kepada Pelajar


 logo_s
MEMO DALAMAN
 
  Ruj.
KUIS. 100-3/1
 
  Tarikh
 04 Julai 2011
 2 Syaaban 1432H
 

  PEJABAT REKTOR
 

 SEMUA PELAJAR
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Saudara/Saudari,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa KUIS adalah sebuah organisasi yang menjalankan kewajipan sosial dalam bidang pengajian tinggi yang memegang amanah agama, bangsa dan negara. Sehubungan dengan itu, semua pelajar KUIS digesa untuk mendokong hasrat dan cita-cita murni tersebut dengan memberikan sepenuh komitmen kepada organisasi ini.

Justeru itu, pelajar KUIS hendaklah memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar dengan memastikan kecemerlangan akademik serta mematuhi peraturan KUIS dan undang-undang negara.

Sekiranya pelajar KUIS didapati tidak mematuhi peraturan KUIS dan undang¬undang negara, pihak KUIS tidak akan teragak-agak untuk mengenakan sebarang tindakan tatatertib dan tidak akan bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan.

Sekian, terima kasih.

Wassalam

PROF. DATO' DR AZIUDDIN BIN AHMAD
Rektor