Perjumpaan Mahabbah Pelajar Sekolah Bina Insan Bersama Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan)
Pada 18 Mei 2012 yang lalu, telah berlangsung satu pertemuan mahabbah antara Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan), Dr. Nor’Adha Abd. Hamid bersama pelajar tingkatan 4 dan 5 Sekolah Bina Insan (SBI), bertempat di Dewan Senat bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.
Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh En. Mohd Husni Mohd Said, Penolong Pengarah KUISCELL Sdn. Bhd. Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan daripada Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) KUIS. TR (AP) memberikan amanat penting dan kata-kata nasihat kepada para pelajar dengan membawa tiga persoalan mengenai motivasi, matlamat dan label pelajar SBI KUIS untuk difikirkan bersama.
Para pelajar juga diberi peluang untuk berkongsi pandangan dan hala tuju dalam sesi dialog bersama TR(AP) sebelum diakhiri dengan jamuan minum pagi. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah KUISCELL, Pn Puziah Abd Wahab, guru-guru SBI dan Sekretariat Transformation of KUIS (ToK).