Utama Pusat / Institut Pusat Asasi
Profil Pusat
Pusat Asasi KUIS ditubuhkan pada bulan Ogos 2008 bagi melaksanakan program-program di peringkat Kursus Asas dan bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama di KUIS. Dengan kata lain, program-program yang ditawarkan di Pusat Asasi ini merupakan ‘feeder’ program kepada program Sarjana Muda yang ditawarkan di Fakulti Pengajian. Melalui program-program yang ditawarkan KUIS beriltizam untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pelajar cemerlang di peringkat ijazah pertama yang seterusnya menjadi graduan yang berkualiti, berketrampilan dan berdaya maju dalam bidang-bidang yang diceburi. Program-program di peringkat pra-ijazah yang ditawarkan merupakan ‘feeder’ program kepada program sarjana muda KUIS. Ia memberi dan menambah peluang pengajian pra-universiti kepada Bumiputra Islam sebelum melangkah ke peringkat ijazah pertama. Di samping itu, ia adalah laluan singkat ke peringkat ijazah pertama di KUIS tanpa melalui program di peringkat diploma yang ditawarkan selama tiga tahun (atau enam semester). Justeru, pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian di peringkat asasi ini.
Falsafah Falsafah Pusat Asasi adalah mendokong Falsafah KUIS. Dengan kata lain, Falsafah KUIS yang menjadi asas kepada penubuhan Pusat Asasi ini amat applicable untuk Kursus Asas. Justeru pelajar-pelajar disediakan untuk memenuhi keperluan yang digariskan oleh KUIS dengan mengambil kira pelaksanaan asas-asas pendidikan Islam, nilai-nilai dan cara hidup yang berlandaskan integrasi ilmu dan akhlak mulia.
Visi Menjadi pusat kecemerlangan KUIS dalam menjana ’Best Student’
Misi Menjadi pusat pengajian ilmu asasi bagi menyumbang kepada peningkatan KUIS sebagai pusat pengajian tinggi Islam bertaraf dunia dengan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Program Yang Ditawarkan • Asasi / Matrikulasi
• FA01 - Kursus Asas Pengajian Islam KP/JPS (KA 8180) 10/12
|
| • FA02 - Pengajian Asasi Pengurusan KP/JPS (KA 8179) 10/12 |
| • FA03 - Pengajian Asas Teknologi Maklumat KP/JPS (KA 8179) 03/13 | | • FA04 - Pengajian Tahun Asas Bahasa Arab KP/JPS (KA 8235) 09/12 |
| • FA05 - Pengajian Asas Komunikasi KP/JPS (KA 8348) 01/13 |
| | |
|
|
| | |
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Pejabat Pusat Asasi KUIS Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor.
T:03 8925 4251 samb. 3400/3405 F:03 8925 2659
| | | |
|
|