Disediakan oleh :
Jawatankuasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KUIS bagi tahun 2017

tahniah apc 2017

PUTRAJAYA, 19 APRIL 2018 : Seramai 120 pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah diraikan di dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2017. Tiga kategori anugerah baru diperkenalkan iaitu Anugerah Hadiah Sarjana sebagai pengiktirafan kepada pegawai KUIS yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, Anugerah Jasamu Dikenang bagi meraikan pegawai yang berkhidmat di KUIS sehingga umur persaraan wajib pada tahun 2018 dan Anugerah Fakulti serta Bahagian Terbaik kepada Fakulti dan Bahagian yang mempunyai prestasi cemerlang pada tahun 2017.

Pengurusan KUIS telah berbesar hati menyampaikan 7 anugerah kepada pegawai KUIS iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Khidmat Emas (AKE), Anugerah Khidmat Setia (AKS), Anugerah Hadiah PhD, Anugerah Hadiah Sarjana, Anugerah Jasamu Dikenang serta Anugerah Fakulti dan Bahagian Terbaik.

49 kakitangan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang (APC), 40 penerima khidmat setia, 14 penerima anugerah Emas, 6 penerima hadiah Sarjana, 9 penerima hadiah Doktor Falsafah (PhD) dan 2 penerima Anugerah Jasamu Dikenang.

Majlis APC 2017 turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yang Berbahagia Dato' Bakhtiar bin Hussin yang sudi menyampaikan Anugerah Fakulti dan Bahagian Terbaik 2017.

Rektor KUIS, Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri, berkata pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini bukan hanya sebagai pendorong dan pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang semata-mata. Bahkan dalam skop yang lebih luas lagi, anugerah ini merupakan satu langkah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan di KUIS.

“Tujuh (7) Budaya Malu seharusnya diterapkan dalam kalangan pegawai KUIS bagi mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan iaitu Malu Datang Lambat; Malu Cepat Pulang; Malu Tidak Berprestasi; Malu Melanggar Peraturan; Malu Berkata Perkara Keji; Malu Berpakaian Selekeh; dan Malu Berakhlak Tidak Sopan.”

Beliau berkata demikian sempena ucapan perasmian Majlis APC KUIS 2017. Beliau turut menegaskan bahawa “Pengurusan KUIS ingin melihat dan memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh semua kakitangan khususnya perkhidmatan kaunter adalah yang terbaik dalam memenuhi kehendak pelanggan”.

Hadir sama, semua barisan Pengurusan KUIS, Dekan, Pengarah, Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, Ketua Program serta Ketua Bahagian bagi meraikan pegawai yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan menyumbang khidmat bakti kepada Fakulti dan Bahagian di KUIS.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan cemerlang KUIS 2017. Semoga momentum yang ada mampu dikekalkan dan dipertingkatkan lagi di masa akan datang.

apc 2017 01

apc 2017 02apc 2017 03apc 2017 04
apc 2017 05apc 2017 06apc 2017 07