elyas

quote 1 Para pensyarah yang warak dan sedia membantu pelajar. Saya bertuah menjadi anak didik KUIS. Berbekalkan ilmu al-Quran dan al-Sunnah yang dipelajari menjadikan saya berkeyakinan untuk berdakwah sekarang. quote 2 

MOHD ELYAS ISMAIL
Pengarah Urusan High Step Consultant, Pakar Latihan & Motivasi,
Selebriti TV
Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Al-Sunnah)

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

quote 1 Sebagai antara institusi terawal yang membuka ruang untuk pengajian Perbankan Islam pada peringkat diploma pada ketika itu, saya percaya, bahawa KUIS adalah merupakan pilihan yang terbaik buat saya. Hal ini sudahpun terbukti melalui pengalaman saya di KUIS yang telah banyak menambah ilmu saya baik di dalam hal ehwal agama, mahupun konvensional. Dengan keadaan dan suasana di KUIS yang baik, mudah dan Islamik, ianya merupakan satu tempat yang amat kondusif dan baik untuk pembelajaran yang efektif bagi mahasiswa yang mahukan keseimbangan dunia dan akhirat. Pengalaman dan pembelajaran saya di KUIS merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.  quote 2 

SYED SALLEH ALHABSHI
Eksekutif Securities Commission Malaysia(SC)
Diploma Perbankan Islam, KUIS | Bsc in Islarnic Finance, UIAM

syed

 _______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

uqbah

quote 1 Sebelum saya masuk KUIS, saya tidak tahu ke mana saya harus pergi, jadi, saya serahkan pada Allah S.W.T. Kemudian, pejam celik, saya kini adalah graduan KUIS dan berkerja dalam bidang Multimedia sebagai Video Editor di Layar Consult. Satu pekara yang saya pelajari dalam sepanjang pengalaman saya belajar di KUIS, tiada seorang pun yang tahu "KUIS", namun, kini ramai graduan KUIS mempunyai kredibiliti berkerja di syarikat-syarikat swasta seperti Media Prima, Astro, Al-Hijrah dan sebagainya termasuk syarikat-syarikat penerbitan. KUIS kini dikenali. quote 2 

MUHAMMAD UQBAH AHMAD TERMIZI,
Videa Editor, layar Consult
Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia) (Kepujian)

 _______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

quote 1 Kerja saya menuntut untuk mendengar dan memberi nasihat dari sudut syariah dan undang-undang. Oleh itu tanpa pengalaman dalam persatuan serta bersosial atau bermuamalah dengan masyarakat semasa di KUIS tidak mungkin mudah untuk saya duduk dalam bidang ini. Semua itu akan dirasai apabila kita berhadapan dengan orang awam tidak kira jangkauan usia mereka. Yang penting komunikasi yang bijak dan keselesaan mereka ketika bersama dengan kita.. KUIS juga telah memberikan kesan kepada saya SIAPA SAYA PADA HARI INI. Kerier saya bermula dari pendidikan saya di KUIS dan kemana sekalipun saya pergi nama KUIS tetap terjulang dan menjadi kebanggaan saya. quote 2 

FARIDAH MAT
Peguam Syarie, di Tetuan Sharif Rldzuan & Co.
ljazah Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-undang (Kepujian)

faridah

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

hafiz

quote 1 Bekerja sebagai seorang Penerbit Rancangan dan Penyampai Berita yang mana saya banyak bergaul dan bekerja bersama dengan pekerja yang bukan islam. Menuntut di KUIS sebelum ini memberikan pendedahan kepada saya bagaimana berkomunikasi menurut cara Islam, dan alhamdulillah didikkan dari pensyarah KUIS sendiri banyak saya terapkan dan aplikasikan ketika bertugas. Pastinya apa yang saya pelajari dahulu semasa mengambil jurusan Komunikasi KUIS sangat membantu. Dengan silibus pengajian berkonsepkan Islam, yang tiada dipelajari di universiti lain. Pengajian saya di KUIS benar-benar memberikan impak yang besar ke atas kehidupian saya hari ini. quote 2 

ABDUL AL HAFFIZ ABDUL AZIZ
Penerbit Rancangan, Suria FM Radio
Diploma Komunikasi

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

quote 1 Pada pandangan saya, kekuatan utama KUIS adalah pada biah solehahnya. Biah solehah ini tentu sekali tidak dapat kita beli di mana-mana. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk rnahasiswa yang mahu berhijrah ke arah kebaikan. Suasana kampus sentiasa diimarahkan dengan program-program keagamaan. Secara menyeluruh, program yang diadakan sentiasa mendapat tempat di hati mahasiswa.  quote 2 

FATIN SYAFIQAH MOHD SALLEH
Ijazah Sarjana Muda Usuluddln dengan Kaunseling dengan Kepujian, UNISZA
Diploma Pendidikan Islam

fatin

 _______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

thoriq

quote 1 Terima kasih KUIS. Segala tunjuk ajar yang diberikan sangat bermanfaat di alam pekerjaan disamping suasana tarbiah Islamiah di KUIS yang telah diterapkan. Kini saya dapat menyebarkan lagi dakwah dalam pekerjaan saya dengan mengendali 2 channel TV Islamik di HyppTV, TM dan ABNxcess disamping beberapa channel TV lagi pada masa akan datang. Semoga manfaat ini dapat dikongsi pahalanya kepada tenaga pengajar saya di KUIS. quote 2 

MUHAMMAD THORIQ DATO’ HJ. MUHAMMAD
Pengarah Urusan, El Kahfi Sdn. Bhd.
Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia)

 _______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

quote 1 Previously was looking for Islamic Finance course as it was very rare during 2006/07. Luckily KUIS do provide such courses and I have great memories of my years at KUIS. Thanks to the quality of the courses and the lecturers, I was able to find a job as consultant even before the end of my studies. This is why I would recommend KUIS to anyone who is looking for a good university. quote 2 

MUHAMMAD DAUD MOHD ZAINORDIN
FxPrImus Broker,
Bachelor of Science (Honours) in Finance, Nolional University Of Ireland, Dublin.
Diploma in Islamic Banking

daud

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

syafiq

quote 1 Pelajar KUIS letak di mana pun berkemampuan untuk hidup. Itulah yang dialami oleh saya sendiri selepas selesai pengajian di KUIS. Asal bidang saya belajar memang jauh berkait dengan pekerjaan sekarang, tetapi didikan yang telah diberi oleh guru-guru di KUIS memberi impak yang besar untuk mengubah titik kehidupan rnenyesuaikan diri di mana-mana bidang. Selain bedugas sebagai L.A juga sentiasa diberi peluang untuk berkongsi keindahan Islam di masjid-masjid, surau-surau dan juga program-program. Dari tidak boleh membaca al-Quran peringkat awal sehingga sekarang diberi kekuatan untuk kongsikan ilmu dengan beberapa orang anak didik tentang asas pengajian kelas al-Quran.  quote 2 

SYAFIQ RAFFIQIN LIOW BIN LIOW FOR SEN
Legal Assistant (Firma Peguam Syarie)
Diploma Pengajian Islam (Dakwah Pengurusan)

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

quote 1 KUIS adalah medan percambahan ilmu. Di sini, saya di beri ruang untuk mengaut ilmu pengurusan dari kaca mata barat dan juga dari sudut Al-Quran dan sunnah. Menarik bukan?, saya kini mampu mengaplikasikan paduan ilmu yang diperolehi dalam perjalanan kerjaya saya. quote 2 

NOOR HAJJA ABDULLAH
Senior Human Resource, Acmar International
Master ln Human Resources at University of Wolverhampton, UK
ljazah Sarjana Muda Sumber insan (Kepujian),
Diploma Sumber Manusia

hajja

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

saiful

quote 1 Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam, KUIS bukan hanya sekadar menyediakan silibus pelajaran agar siswa lulus sahaja, tetapi menyepadukan antara disiplin ilmu konvensional dengan tradisi pengajian Islam. Sebagai contoh, subjek Sosiologi Media dan Islam, Media dan Dakwah, Komunikasi Menurut Al-Qur'an dan Sunnah antara contoh silibus komunikasi yang disepadukan dengan pengajian konvensional seperti komunikasi. Kewujudan silibus tersebut menjadikan saya sebagai seorang pengamal rnedia yang bukan hanya seorang pengamal media, tetapi saya juga seorang pendakwah melalui bahan siaran yang saya sediakan.  quote 2

SAIFULNIZAM MUHARNAD
Eksekutif Penyelidikan Editorial, Penerbit TV Alhijrah
Diploma Komunikasi