Disediakan oleh :
Bahagian Pembangunan Mahasiswa

maulid-2016-01

Bandar Seri Putra, 16 Disember 2016 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1438H / 2016M yang bermula dari Stadium Mini Shah Alam dan berjalan sejauh kira-kira 2 kilometer sebelum berakhir di Stadium Malawati, Shah Alam pada Isnin yang lalu.

Tarikh keramat 12 Rabiulawwal 1438H pada tahun ini telah jatuh pada 12 Disember 2016 telah memberikan sedikit sebanyak peluang kepada 90 kontinjen melibatkan pelbagai jabatan serta agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), Masjid dan sekolah untuk menyertai perarakan tersebut dengan jayanya.

Dalam menjayakan Sambutan Maulidur Rasul yang saban tahun telah disertai oleh KUIS, kali ini KUIS telah berjaya meraih johan pertandingan sepanduk terbaik bagi kategori NGO/IPTA/IPTS/Masjid. Dalam majlis penyampaian hadiah yang penuh gilang gemilang, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan hadiah berkenaan yang berupa cek bernilai RM1,500.00, sijil penyertaan, dan plaque cenderahati.

Menurut Encik Mazzaid bin Mazelan, antara salah seorang pegawai pengiring yang hadir dan turut serta dalam perarakan majlis berkenaan mewakili KUIS, beliau menyatakan tahun ini merupakan tahun kedua beliau menyertai perarakan ini yang melibatkan 40 pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Qiraat serta 3 orang pegawai pengiring daripada Bahagian Pembangunan Mahasiswa, KUIS.

Turut hadir meluangkan masa bersama kontinjen perarakan KUIS adalah Yang Berbahagia Dato’ Prof. Dr. Ab. Halim bin Tamuri, Rektor KUIS bersama isterinya. Beliau berkesempatan mengucapkan syabas dan terima kasih kerana telah bertungkus lumus sebagai wakil KUIS dalam menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada kali ini. Semoga usaha murni ini dapat terus dikekalkan dalam usaha meningkatkan nama baik KUIS serta sama-sama mengambil peluang menghayati perjuangan dan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad S.A.W. TAHNIAH KUIS.

maulid-2016-02   maulid-2016-03
maulid-2016-04   maulid-2016-05
  maulid-2016-07