Prosedur Kesihatan & Keselamatan di Kolej Kediaman
  Prosedur Pengurusan Menghadapi Wabak Penyakit & Bencana

Felo KUIS dengan bantuan Seksysn Alumni & Runding cara (SAR) sentiasa bersedia untukmembantu mengurus pelajar bermasalah. Antara masalah yang mungkin dihadapi adalahseperti berikut :

Wabak Penyakit

Wabak penyakit merangkumi demam denggi, malaria, campak dan penyakit lain yang merbahaya yang menimpa pelajar hendaklah diambil tindakan berikut :

Pengetua dan semua felo berbincang untuk menyelaraskan tindakan  menghadapi situasi.

Pengetua / Felo bertugas maklumkan kepada Rektor / Timbalan Rektor.

Waris pelajar terlibat dimaklumkan.

Mengambil langkah susulan bagi mencegah wabak seperti semburan fogging bagi kes denggi dan sebagainya.

Bencana

Bencana merangkumi banjir, jerebu, kebakaran, ribut, pencemaran dan lain-lain perlu diambil tindakan berikut :

Pengetua dan semua felo berbincang untuk menyelaraskan tindakan menghadapi bencana.

Pengetua / Felo Bertugas memaklumkan dengan segera kepada Pengarah / Timbalan Pengarah.

Mengarahkan pelajar mengambil langkah menyelamatkan diri dengan segera dan berkumpul di tempat yang selamat.

Mententeram keadaan panik di kalangan pelajar  KUIS adalah tugas amat penting dilakukan oleh setiap felo.

Ketua felo / felo sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk menentukan tahap bahaya.

Jika keadaan memaksa atau arahan berpindah oleh pihak berwajib, maka semua felo mesti menyelaras proses pemindahan secara beramai-ramai ke lokasi yang lebih selamat.