Prosedur Kesihatan & Keselamatan di Kolej Kediaman
  Prosedur Pengurusan Pelajar sakit

Kenal pasti rakan sebilik / apartment yang sakit dan laporkan kepada Felo Bertugas pada hari tersebut (rujuk jadual felo Bertugas).

Felo bertugas akan mengenal pasti tahap kesakitan pelajar dan merekodkan dalam Borang Aduan Kecemasan maklumat pelajar tersebut.

Sekiranya tidak serius felo bertugas boleh mengambil tindakan sewajarnya.

Sekiranya pelajar mengalami sakit serius, pelajar perlu dihantar oleh van KUIS ke hospital / klinik dengan membawa kad rawatan pelajar.

Sekiranya pelajar ditahan wad, felo perlu memaklumkan kepada penjaga pelajar.

Felo bertugas perlu menyerahkan laporan keesokan hari kepada Pengetua untuk maklumbalas perkembangannya.

Penerangan

Bagi tujuan pemeriksaan tahap sakit pelajar, Felo perempuan untuk  pelajar perempuan dan Felo lelaki untuk pelajar lelaki kecuali darurat.

Kos rawatan di klinik swasta adalah tanggungan pelajar sendiri.

Felo hendaklah memastikan kotak ”First Aid” yang terdapat di setiap mahallah hendaklah  sentiasa lengkap dengan ubat-ubatan asas dan tidak luput tarikh.

Felo dan Penyelia Asrama bertindak cepat bagi sebarang sakit yang melibatkan kesukaran  pernafasan (asma / pengsan) dan perlu segera dihantar ke hospital.

Nombor telefon semua yang terlibat dalam aspek kecemasan perlu ada di setiap belakang pintu bilik pelajar dan pengawal keselamatan.