Fungsi Bahagian

Bahagian Kediaman & Penempatan Mahasiswa telah dinaiktaraf pada pertengahan tahun 2010 (sebelum ini dikenali sebagai Unit Kediaman di bawah Bahagian Pembangunan Pelajar) bagi menyelaras penempatan pelajar dan kemudahan pelajar di kolej-kolej kediaman. Menyelaras segala keputusan dasar baru BPM berkaitan dengan penempatan pelajar. Unit ini turut bertanggungjawab terhadap kebajikan keselamatan dan penyediaan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar.

Terdapat 2 Seksyen di bawah BKPM iaitu :

Seksyen Pendaftaran, Aktiviti dan Kebajikan

Seksyen Inventori dan Penyelenggaraan.

  Dasar Penempatan

Pada dasarnya asas kemudahan kolej kediaman adalah WAJIB kepada semua pelajar kecuali pelajar sarjana dan PhD.

Pelajar yang hendak tinggal di luar (NR) mestilah mengisi borang NR yang boleh dimuat-turun melalui Mylms, melengkapkan data dan mengepilkan dokumen yang diperlukan. Borang yang telah lengkap perlu dihantar kepada Bahagian Kediaman & Penempatan Mahasiswa (BKPM) untuk pertimbangan dan kelulusan.

  Matlamat
  Objektif

Menyediakan Perkhidmatan Penginapan Yang Kondusif Dan Mengatur Program Ta’dib Dan Membina Sahsiah Pelajar Melalui Urus Tadbir Yang Cekap Dan Harmoni.

  Fungsi Utama

Untuk mencapai Visi dan misi di atas, BKPM telah menggariskan matlamat :

Matlamat Penginapan Pelajar

 Mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif, selamat dan solehah.

Matlamat Aktiviti Pelajar

Mewujudkan aktiviti yang menggalakkan peningkatan sahsiah pelajar.

Matlamat

Untuk mewujudkan suasana Kolej Kediaman yang solehah dan  mampu  menta’dib / membina  sahsiah para pelajar  yang berketrampilan  dalam pelbagai bidang serta menjalankan akitiviti- aktiviti  kemasyarakatan yang dapat menyumbang ke arah pembentukan nilai jati diri muslim yang murni.

  Visi dan Misi
  Visi

Memperkasa Kolej Kediaman sebagai nadi menta’dib kecemerlangan dan pembangunan sahsiah pelajar.

  Misi

Menjadi  pengurusan  kolej kediaman yang unggul dalam menyediakan kemudahan penginapan pelajar dan bi’ah solehah untuk membentuk personaliti, jati diri yang menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara.