Tinta Pengetua Kolej Kediaman
dr syarul azman

Assalammualaikum Wrt. Wbt.,

Saudara/saudari yang dirahmati Allah SWT.

Tahniah kepada semua pelajar baru yang terpilih untuk belajar di KUIS dan juga kepada pelajar lama KUIS untuk yang berjaya meneruskan sesi pengajian.

Semoga proses menimba ilmu di KUIS dapat membantu para pelajar mengamalkannya dalam kehidupan agar membantu membentuk  akhlak ummat yang dicintai Nabi Muhammad SAW. Harapan saya, semoga semua pelajar dapat turut serta secara kolektif dalam menjadikan tempat kediaman dan tempat belajar kita sebagai Baiti Jannati.

Kepada semua warga KUIS marilah bersama-sama menjadi qudwah hasanah kepada para pelajar dan bersama-sama membina peradaban ummah yang diredhaiNya dalam merealisasikan impian KUIS untuk melahirkan Pelajar sebagai  Da’i, Ulama’ dan Umara'.

Sekian. Wassalam.

Dr. Syarul Azman bin Shaharuddin,
Pengetua Kolej Kediaman