Profil

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) telah mula beroperasi sebagai sebuah Jabatan pada tahun 1998 sekaligus mewujudkan sebuah Jabatan khusus yang berperanan dalam menguruskan segala aspek berkaitan pengurusan sumber manusia di Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) ketika itu dan kini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Selepas beberapa ketika beroperasi dengan menggunakan nama JPSM, ianya telah dinaik taraf kepada Jabatan Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia atau ringkasnya JPPSM dengan pertambahan skop tugas melibatkan fungsi Pentadbiran Am.

Selaras dengan perkembangan KUIS pada tahun 2010, JPPSM telah dinaik taraf menjadi Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia atau ringkasnya BPPSM bagi meningkatkan kualiti mutu pentadbiran ke arah menjadi institusi yang bertaraf dunia seperti yang dinyatakan dalam misi & visi Kolej Universiti.

Pada tahun 2013, BPPSM telah dijenamakan sekali lagi kepada Bahagian Pengurusan Insan atau ringkasnya BMI dan beroperasi di bawah seliaan Pejabat Pendaftar.

  Ketua Jabatan / Bahagian

1.

Fuznim binti Abdul Ghaffar

1998 sehingga 2001
2. Alawiyah binti Tengah 02.01.2002 sehingga 30.09.2010
3. Muhammad Azmi bin Abdul Hamid 01.10.2010 sehingga 31.07.2011
4. Che Mastura binti Mohd Zulkifly 01.08.2011 sehingga 31.05.2012
5. Mohd Inzar bin Mohd Tajuddin 01.06.2012 sehingga 30.04.2013 (Pemangku)
6. Mohd Inzar bin Mohd Tajuddin 01.05.2013 sehingga kini
mais pws lzs mais-corp kuiscell mpp kpt akept kpt soaring upwards

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
address  Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA  address  2.891009, 101.788373  address  +603 8911 7000  address  +603 8926 8462
address  info@kuis.edu.my (umum) / admission@kuis.edu.my (kemasukan) / webmaster@kuis.edu.my (laman web)